BAHAGIAN TEKNOLOGI PERCETAKAN
BTG
Teknologi
Rekabentuk Grafik
Membentuk bakat kreatif dalam komunikasi visual, reka bentuk digital, penerbitan dan penghasilan karya grafik berorientasikan industri.
Lihat Program →
Sijil Teknologi Rekabentuk Grafik
Pelajar didedahkan kepada latihan menggunakan perisian reka bentuk grafik seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan Adobe InDesign untuk menghasilkan grafik serta menyediakan susun atur helaian muka surat (imposition) bagi proses percetakan.
Latihan turut disokong dengan kemudahan komputer dan peralatan teknologi terkini bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran yang relevan kepada industri kreatif dan percetakan.
Apa yang Dipelajari?
Asas Rekabentuk Grafik
Mempelajari prinsip komunikasi visual serta kaedah menggabungkan simbol, imej dan perkataan bagi menyampaikan idea serta mesej secara berkesan.
Tipografi & Susun Atur
Menguasai penggunaan tipografi, susunan elemen, imej dan fotografi dalam menghasilkan reka bentuk komunikasi visual yang tersusun dan menarik.
Perisian Grafik
Menggunakan perisian grafik profesional untuk menghasilkan karya digital, ilustrasi, imej, penerbitan dan bahan komunikasi visual.
Penyediaan Bahan Cetakan
Mempelajari penyediaan dan susun atur helaian muka surat (imposition) serta proses penyediaan imej sebelum pemindahan kepada filem atau plat untuk tujuan percetakan.
Bidang Rekabentuk Grafik
Daripada Idea kepada Hasil Visual
Rekabentuk grafik merupakan bidang profesional komunikasi visual yang menggabungkan tipografi, fotografi, imej, simbol dan elemen visual bagi menyampaikan idea serta mesej kepada khalayak.
Kemahiran ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang termasuk majalah, pengiklanan, pembungkusan produk, penerbitan, reka bentuk korporat dan reka bentuk web.
Bidang Kreatif
- ✓
Rekabentuk korporat.
- ✓
Rekabentuk penerbitan.
- ✓
Rekabentuk pembungkusan.
- ✓
Rekabentuk pengiklanan.
- ✓
Tipografi dan elemen visual.
Kemahiran Kreatif Digital
Pelajar dilatih mengembangkan idea kreatif melalui penghasilan karya digital dan penggunaan teknologi reka bentuk yang sesuai dengan keperluan industri.
- ✓
Penghasilan imej digital.
- ✓
Pengolahan fotografi.
- ✓
Penyediaan bahan penerbitan.
- ✓
Penghasilan bahan komunikasi visual.
Peluang Kerjaya
Pelbagai Laluan Profesional
- 01
Pereka Grafik
- 02
Pereka Korporat
- 03
Pereka Dalaman
- 04
Perunding Rekaan
- 05
Pereka Pembungkusan
- 06
Artis Imej Digital
- 07
Pereka Acara
- 08
Usahawan dalam bidang kreatif dan reka bentuk
Objektif Kursus
Pengetahuan & Kemahiran Rekabentuk
Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam rekacipta imej serta penyusunan perkataan dan gambar untuk menghasilkan bahan yang sesuai bagi proses percetakan.
Latihan merangkumi teori dan amali serta pengetahuan berkaitan keselamatan, penggunaan komputer dan perisian grafik, teknik rekacipta, teknik pengimbasan serta kaedah penyelenggaraan komputer dan kelengkapan berkaitan.
Pasukan Teknologi Grafik
Mohd Hafiz bin Abu Bakar
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Haniza binti Kamaldin
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Dibantu oleh Tenaga Pengajar
- 01
Anis Fazila bt Ahamad Fuade
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 02
Abdul Majid bin Othman
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 03
Ermanita bt Mohamed
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- 04
Norhayati bt Shamsudin
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 05
Nor Hasfuat bin Abdul Rahman
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kursus yang Ditawarkan
Sijil Teknologi Rekabentuk Grafik
Program latihan dalam bidang komunikasi visual, reka bentuk digital, tipografi, penerbitan dan teknologi grafik.
Lihat Butiran Kursus →Cipta Idea. Reka Visual. Bina Masa Hadapan.
Membina kemahiran kreatif dan teknikal melalui latihan berasaskan teknologi grafik serta keperluan industri komunikasi visual dan percetakan.
DIGITAL
Teknologi
Percetakan Digital
Membina kemahiran dalam teknologi percetakan digital, pengendalian mesin, pengurusan warna, sistem RIP, penyelenggaraan serta aplikasi digital dalam industri.
Kenali Program →
Percetakan Digital Moden
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam mengendalikan pelbagai jenis mesin percetakan digital terkini serta menghasilkan cetakan pada pelbagai material mengikut kesesuaian teknologi dan mesin.
Pelajar turut didedahkan kepada proses penyediaan imej, pengurusan warna, sistem RIP, rangkaian workstation serta penyelenggaraan mesin percetakan digital.
Teknologi yang Dipelajari
Flatbed Printer
Pelajar diperkenalkan kepada teknologi flatbed printer bagi menghasilkan cetakan terus pada pelbagai material yang bersesuaian.
Digital Press
Pendedahan kepada penggunaan mesin digital press untuk penghasilan bahan bercetak secara pantas dan berkualiti.
Roller Printer
Pelajar mempelajari asas pengendalian mesin roller printer serta pemilihan material yang sesuai untuk sesuatu hasil cetakan.
RIP System
Penggunaan pelbagai jenis RIP System bagi mengurus, memproses dan memantau tugasan percetakan digital.
Kemahiran yang Dikuasai
Image Editing
Penyediaan dan pengubahsuaian imej serta tulisan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator sebelum proses percetakan.
Colour Management
Mempelajari teknik pengurusan warna bagi menghasilkan warna cetakan yang lebih tepat, konsisten dan optimum mengikut standard yang ditetapkan.
Server & Workstation
Pendedahan kepada pembinaan rangkaian server bagi menghubungkan kumpulan mesin percetakan digital dan workstation.
Digital Printer Maintenance
Pelajar mempelajari kaedah pemeriksaan dan penyelenggaraan mesin percetakan digital bagi memastikan operasi berjalan dengan baik.
Pelbagai Material Cetakan
Kertas
Penghasilan pelbagai bahan bercetak menggunakan kertas mengikut kesesuaian mesin dan jenis produk.
Kain & Tekstil
Pendedahan kepada teknologi percetakan pada material kain dan tekstil menggunakan mesin yang bersesuaian.
Plastik
Penghasilan cetakan pada material plastik mengikut spesifikasi dan kemampuan mesin percetakan digital.
Kaca & Material Khas
Pendedahan kepada percetakan pada kaca dan material khas lain berdasarkan kesesuaian teknologi percetakan digital.
Peluang Kerjaya
Peluang Kerjaya yang Pelbagai
- 01
Digital Media Technician
- 02
Digital Printer Maintenance Technician
- 03
Printing Service Technician
- 04
Operator / Penyelia Mesin Cetak Digital
- 05
Mobile Application Assistance Developer
- 06
Assistance Web Designer
Tenaga Pengajar
Mohd Hafiz bin Abu Bakar
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Zarina Marian bt Ridzwan
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Dibantu oleh Tenaga Pengajar
- 01
Mohd Adam bin Jab
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 02
Jasni bin Mohd Shariff
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- 03
Nurhayani bt Ismuel@Esmail
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 04
Harith Zubairi bin Abdul Rahim
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV5)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kursus yang Ditawarkan
Sijil Teknologi Percetakan Digital
Program latihan yang memberi pendedahan kepada teknologi percetakan digital, pengendalian mesin, sistem RIP, pengurusan warna, penyelenggaraan dan aplikasi digital dalam industri.
Lihat Butiran Kursus →Menguasai Teknologi Percetakan Masa Hadapan
Membina tenaga mahir yang kompeten dalam teknologi percetakan digital, pengurusan warna, sistem digital dan penyelenggaraan mesin bagi memenuhi keperluan industri moden.
DIGITAL (2)
Bahagian Teknologi Percetakan Digital
Kursus ini menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam mengendalikan pelbagai mesin percetakan digital yang terkini dan pelbagai jenis seperti flatbed printer, press printer, roller printer dan lain-lain lagi. Pelajar berpeluang untuk mencuba menggunakan kesemua mesin pencetak digital tersebut dengan membuat cetakan ke atas material cetak yang bersesuaian seperti kertas, kain plastik, kaca dan sebagainya (mengikut kesesuaian mesin pencetak digital).
Pelajar terlebih dahulu akan diajar cara-cara untuk membuat Image Editing menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator terhadap imej dan tulisan yang ingin dicetak. Pelajar juga akan mempelajari langkah-langkah keselamatan dalam mengendalikan mesin pencetak digital, membina rangkaian 'server' untuk sebuah kumpulan mesin percetakan digital dan workstation dan mempelajari penggunaan pelbagai jenis RIP System yang bersesuaian dengan setiap mesin percetakan untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan percetakan. Pelajar juga akan diajar untuk memeriksa kualiti mutu hasil cetak mengikut standard yang dikehendaki, teknik-teknik dalam menghasilkan warna cetakan lebih tepat dan optimun (Color Managemnet) serta kaedah penyelenggaraan mesin dengan betul.
Peluang -peluang pekerjaan juga lebih luas kerana bukan hanya tertumpu kepada pengendalian mesin pencetak digital sahaja malah Juruteknik Percetakan Digital mampu mengendalikan sebarang aplikasi atau perisian bagi mesin pencetak yang boleh diakses melalui capaian internet (cth Printer Mobile Apps). Oleh yang demikian peluang pekerjaan dalam bidang ini lebih meluas seperti Digital Media Technician, Digital Printer Maintenance Technician, Printing Service Technician, Operator/Penyelia Mesin Cetak Digital, Mobile Application Assistance Developer dan Assistance Web Designer.
| Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran | ||||
| Mohd Hafiz bin Abu Bakar | ||||
| Pegawai Latihan Vokasional (DV10) | ||||
| Ketua Bahagian Teknologi Percetakan Digital | ||||
| zarina Marian bt Ridzwan | ||||
| Pegawai Latihan Vokasional (DV10) | ||||
| Dibantu oleh tenaga pengajar | ||||
| Jasni bin Mohd Shariff | Mohd Adam bin Jab | |||
| Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7) | Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7) | |||
| Zuriyani bt Sanusi | Harith Zubairi bin Abdul Rahim | |||
| Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7) | Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV5) | |||
Kursus yang ditawarkan
BTC
Sijil Teknologi
Percetakan Industri
Membina kemahiran profesional dalam operasi mesin cetak ofset, kawalan kualiti, penyelenggaraan serta proses penyudah produk bercetak.
Kenali Program →
Teknologi Percetakan Industri
Kursus ini menggabungkan latihan teori dan praktikal dalam bidang Percetakan Ofset dengan penekanan terhadap operasi mesin, keselamatan, penyelenggaraan serta kawalan kualiti produk bercetak.
Pelajar didedahkan kepada penghasilan pelbagai produk percetakan seperti buku, majalah, poster dan kotak produk menggunakan bahan asas seperti kertas dan dakwat.
Apa yang Dipelajari?
Mesin Cetak Ofset
Pelajar dilatih mengendalikan mesin cetak Ofset 1, 2 dan 4 warna bagi menghasilkan produk percetakan mengikut keperluan industri.
Prosedur Keselamatan
Pendedahan kepada prosedur keselamatan yang betul ketika mengendalikan mesin, peralatan dan bahan yang digunakan dalam proses percetakan.
Penjagaan Mesin
Pelajar mempelajari kaedah penyelenggaraan yang betul bagi memastikan mesin cetak berada dalam keadaan baik dan dapat beroperasi dengan optimum.
Kawalan Kualiti Warna
Latihan teori dan praktikal berkaitan kawalan warna bagi memastikan hasil cetakan memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan.
Daripada Mesin kepada Produk
Operasi Percetakan Ofset
- ✓
Penyediaan mesin dan bahan cetakan.
- ✓
Operasi mesin cetak Ofset.
- ✓
Kawalan warna dan mutu cetakan.
- ✓
Proses penyudah produk bercetak.
Hasil Percetakan
Kemahiran yang diperoleh boleh diaplikasikan dalam penghasilan pelbagai produk percetakan seperti:
- ✓
Buku
- ✓
Majalah
- ✓
Poster
- ✓
Kotak produk
Peluang Kerjaya
Operator Percetakan
Mengendalikan operasi mesin cetak dan memastikan proses pengeluaran berjalan mengikut spesifikasi serta piawaian kualiti.
Penyelia Percetakan
Membantu menyelia operasi pengeluaran dan memastikan kelancaran proses percetakan serta pencapaian sasaran pengeluaran.
Pengurus Percetakan
Membina asas pengetahuan dan kemahiran untuk perkembangan kerjaya dalam pengurusan operasi industri percetakan.
Perniagaan Percetakan
Kemahiran yang diperoleh turut membuka peluang kepada graduan untuk meneroka bidang keusahawanan dalam industri percetakan.
Objektif Kursus
Melahirkan Operator Mesin Cetak yang Kompeten
Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin cetak melalui latihan teori dan amali yang merangkumi aspek keselamatan, operasi mesin, kawalan mutu cetak dan penyelenggaraan.
Latihan ini memberi persediaan kepada pelajar untuk melaksanakan tugas sebagai operator mesin cetak dalam persekitaran industri sebenar.
Tenaga Pengajar
Mohd Hafiz bin Abu Bakar
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Mohd Firdaus bin Asrani
Pegawai Latihan Vokasional (DV9)
Pasukan Pengajar
- 01
Mohd Noor bin Mat Salleh
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6) - 02
Muhammad Muizz bin Antong
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6) - 03
Ts. Nantha Kumara a/l Periasamy
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)
Pasukan Sokongan
- 04
Tc. Hashim bin Sulaiman
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6) - 05
Badrul Hisham bin Saadon
Pembantu PLV (DV2) - 06
Mohd Farid bin Busra
Pembantu PLV (DV2)
Kursus yang Ditawarkan
Sijil Teknologi Percetakan Industri
Program latihan dalam operasi mesin cetak Ofset, kawalan kualiti, penyelenggaraan mesin dan proses penyudah produk bercetak.
Lihat Butiran Kursus →Menguasai Teknologi. Menghasilkan Kualiti.
Membina kemahiran teknikal dan profesional dalam operasi percetakan bagi memenuhi keperluan industri percetakan moden.








