PENGURUSAN INSTITUT

Bahagian Khidmat
Pengurusan

Pengurusan yang cekap, sistematik dan berintegriti dalam menyokong kelancaran operasi serta penyampaian perkhidmatan institut.

Lihat Peranan Kami โ†“
Kumpulan warga kerja Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Khidmat Pengurusan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal
01
OBJEKTIF

Pengurusan yang sistematik dan berkesan

Mengurus dan menyelaras tindakan-tindakan yang perlu dilakukan berkaitan dengan pentadbiran, personel, pusat sumber, kewangan dan penyelenggaraan stor supaya diurus dengan sistematik dan terkini.

02
FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Unit-Unit Pengurusan

๐Ÿ‘ฅ
UNIT 01
Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran

Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran, perkhidmatan kakitangan, stor, kemudahan serta keperluan operasi institut.

  • โœ“

    Mengawal dan menyelaras perbelanjaan institut.

  • โœ“

    Mengurus urusan pengesahan dalam lantikan, pengesahan jawatan dan pemberian taraf berpencen bagi semua kakitangan.

  • โœ“

    Mengurus penyelenggaraan stor pusat termasuk memesan, menerima dan menyelenggara barang di stor.

  • โœ“

    Mengurus semua jenis cuti berdasarkan Perintah Am Bab C.

  • โœ“

    Mengurus peperiksaan perkhidmatan dan jabatan bagi semua kakitangan.

  • โœ“

    Mengurus Laporan Nilaian Prestasi Tahunan kakitangan.

  • โœ“

    Menyelaras urusan latihan kakitangan.

  • โœ“

    Mengurus tatatertib kakitangan.

  • โœ“

    Mengurus penyediaan laporan sulit.

  • โœ“

    Mengendalikan hal berkaitan kuarters kakitangan institut.

  • โœ“

    Mengurus keperluan kenderaan jabatan.

  • โœ“

    Mengurus urusan menyewa premis dan kemudahan institut.

  • โœ“

    Mengurus aktiviti keluar/masuk pelajar asrama serta urusan penginapan di asrama dan bilik pensyarah jemputan.

RM
UNIT 02
Unit Kewangan

Mengurus, menyelaras dan memastikan pengurusan kewangan institut dilaksanakan secara teratur, telus dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

  • โœ“

    Mengawal dan menyelaras perbelanjaan institut.

  • โœ“

    Mengurus penyediaan Anggaran Belanjawan Institut.

  • โœ“

    Menyediakan laporan kewangan dan perakaunan bulanan serta tahunan.

  • โœ“

    Menyediakan penyata-penyata penyesuaian bagi belanja mengurus, pembangunan, Akaun Amanah dan Akaun Deposit.

  • โœ“

    Bertanggungjawab dalam mengawal dan mematuhi pemerhatian Ketua Audit Negara.

KHIDMAT PENGURUSAN

Menyokong kecemerlangan operasi institut

Bahagian Khidmat Pengurusan memainkan peranan penting dalam memastikan aspek pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan kemudahan institut diurus dengan cekap bagi menyokong kelancaran keseluruhan operasi.

No module Published on Offcanvas position