Program Ceramah Kerohanian

Aktiviti Pelajar
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„๐‘๐Ž๐‡๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐‡๐ˆ๐๐ƒ๐” ๐’๐€๐๐†๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

27 Ogos 2026 (Khamis) NIBONG TEBAL โ€“ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dengan kerjasama Persatuan Hindu Sangam Malaysia telah menganjurkan Program Ceramah Kerohanian bertempat di Dewan Sukan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Program ini melibatkan pelajar bukan beragama Islam sebagai salah satu usaha memperkukuh pembangunan sahsiah, penerapan nilai murni serta kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar.

Antara pengisian utama program ialah sesi ceramah berkaitan Digital Wellness yang memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan mengamalkan penggunaan teknologi dan media digital secara positif, seimbang dan berhemah dalam kehidupan seharian. Pendedahan ini penting bagi membantu pelajar mengurus penggunaan teknologi secara bijak serta membentuk tabiat digital yang lebih sihat.

Selain itu, para pelajar turut mengikuti sesi perkongsian berkaitan sikap yang baik sebagai panduan dalam membentuk keperibadian, membina hubungan yang harmoni serta mengamalkan tingkah laku positif dalam kehidupan seharian. Pengisian tersebut diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan nilai murni dan sikap positif dalam membentuk individu yang bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kukuh.

Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai dan interaktif, program turut diserikan dengan pelbagai aktiviti kuiz yang melibatkan penyertaan aktif para pelajar. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan program, malah memberi peluang kepada pelajar menguji pengetahuan, meningkatkan interaksi serta menggalakkan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung.

Program ini turut menjadi platform yang baik dalam memupuk semangat saling menghormati, toleransi dan keharmonian dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Kerjasama bersama Persatuan Hindu Sangam Malaysia juga mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam menyokong pembangunan pelajar secara menyeluruh, bukan sahaja dari aspek kemahiran teknikal, malah merangkumi aspek sahsiah, kesejahteraan diri dan nilai kemanusiaan.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran, berdisiplin, berakhlak mulia, mempunyai jati diri yang kukuh serta mampu menyumbang secara positif kepada masyarakat dan negara, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
No module Published on Offcanvas position