BTE (2)
BAHAGIAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
Pelajar kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai Pendawaian Domestik dan Industri yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan elektrik melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari.Tempoh latihan hanya 2 tahun iaitu 4 semester. Sebaik tamatnya kursus, pelajar yang berjaya melepasi penilaian dan peperiksaan yang disediakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Kompetenan Pendawai Elektrik Satu Fasa (PW2) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Selain itu, pelajar juga akan menerima Sijil Juruelektrik Perindustrian yang diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa
Pelajar akan diajar cara-cara mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu fasa dan tiga fasa (domestic dan industri). Selaian itu, para pelajar juga akan diajar untuk mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan alat-alat elektrik serta mengawal dan membaikpulih alat janakuasa, motor dan peralatan industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST)
Peningkatan permintaan sebagai Juruelektrik, Pendawai Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik di industri-industri tempatan membuka peluang yang banyak kepada lepasan kursus ini. Jurulektrik berpengalaman berpeluang menjadi Penyelia atau Penilai bagi firma kontraktor elektrik. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri sebagai Kontraktor Elektrik. Pelajar yang tamat kursus ini dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Teknologi Perindustrian yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Sijil Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal – PW 2 oleh Suruhanjaya Tenaga dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kursus ini hanya dibuka bagi mereka yang telah mempunyai Sijil Teknologi Elektrik Satu Fasa atau Sijil Pendawai Elektrik Fasa Tunggal (PW2) sahaja. Pelajar diajar cara-cara mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian 1-fasa dan 3-fasa, mencari dan mengesan dan merawat kerosakan alat-alat elektrik serta membaikpulih alat janakuasa, motor dan perlatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST). Pelajar yang tamat kursus ini akan dianugerahkan Sijil Pendawaian Elektrik (3 Fasa) – PW4 oleh Suruhanjaya Tenaga.
Objektif kursus
Kursus Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa ialah memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam Pendawaian Domestik/ Industri Tiga Fasa. Ia menitikberatkan pengalaman amali di samping pengetahuan tentang keselamatan, pengetahuan teknikal dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar memperolehi latihan yang lebih mendalam di bengkel dan di industri.
Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian antara lain termasuk bekerja dengan alat-alat dan perkakas moden.
Di samping itu juga, kursus Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa yang dijalankan bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
| Ketua Jabatan Elektrik, Elektronik dan ICT | ||||
| Nurul Hanida bt Abdul Wahab | ||||
| Pegawai Latihan Vokasional (DV10) | ||||
| Ketua Bahagian Teknologi Elektrik | ||||
| Ts. Alwary Suhaimy bin Johari | ||||
| Pegawai Latihan Vokasional (DV10) | ||||
| Dibantu oleh tenaga pengajar | ||||
| Ku Azmi bin Ku Ishak | Mohd Hamidi bin Saidin | Hajar Aswad @ Zulkifli bin Mohamad | ||
| Pen Peg Latihan Vokasional (DV8) | Pen Peg Latihan Vokasional (DV8) | Pen Peg Latihan Vokasional (DV8) | ||
| Mohd Nizam bin Mat Noh | Fakhrul Dahri bin Basir | |||
| Pen Peg Latihan Vokasional (DV7) | Pen Peg Latihan Vokasional (DV7) | |||
Kursus yang ditawarkan
UPA
Ilmu, Kompetensi
& Pembangunan Insan
Menyokong pembangunan pengetahuan dan kompetensi melalui latihan subjek umum yang relevan dengan keperluan pekerja, industri dan pembangunan negara.
Lihat Skop Perkhidmatan →
Memperkasa Pengetahuan Melalui Pengajian Umum
Unit Pengajian Am bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan bagi subjek umum mengikut keperluan.
Unit ini turut memastikan mutu dan keberkesanan kursus sentiasa berada pada tahap yang baik melalui pembangunan kurikulum, bahan latihan, khidmat nasihat akademik serta kerjasama dengan jabatan latihan.
Tanggungjawab Utama
Pengetahuan Pekerja Industri
Meningkatkan pengetahuan pekerja industri dalam bidang pengajian umum agar mereka dapat memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
Program Latihan Subjek Umum
Menyediakan dan melaksanakan program latihan bagi subjek umum berdasarkan keperluan pelajar dan pekerja industri.
Mutu & Keberkesanan
Bertanggungjawab memastikan mutu dan keberkesanan kursus serta latihan subjek umum yang dijalankan sentiasa memenuhi keperluan yang ditetapkan.
Kurikulum & Bahan Latihan
Merancang, merangka dan membangunkan kurikulum serta bahan latihan yang bersesuaian dengan keperluan kursus subjek umum.
Sokongan Akademik
- ✓
Memberi khidmat nasihat berkaitan subjek yang dikendalikan.
- ✓
Menyemak nota-nota kuliah bagi memastikan kandungan latihan sesuai dan berkualiti.
Sokongan Kepada Jabatan Latihan
Bekerjasama dengan jabatan latihan dalam penyediaan dan penyelarasan jadual-jadual kelas bagi memastikan pelaksanaan latihan berjalan dengan lancar.
Pembelajaran yang Menyokong Kecemerlangan
Ilmu untuk Dunia Kerjaya
Pengajian umum melengkapkan latihan kemahiran dengan pengetahuan dan kompetensi tambahan yang membantu peserta menghadapi keperluan dunia pekerjaan serta menyumbang secara lebih berkesan kepada organisasi dan negara.
Ketua Unit
Nurul Najua binti Abdullah Azizi
Pegawai Pendidikan Siswazah (DG10)
Memperkasa Ilmu, Membentuk Kompetensi
Menyokong pembangunan insan melalui penyediaan latihan subjek umum yang berkualiti, relevan dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran serta dunia pekerjaan.
Skop Perkhimatan:
-
Meningkatkan pengetahuan pekerja-pekerja industri dalam bidang pengajian umum bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
-
Bertanggungjawab dalam penyediaan dan menjalankan program latihan bagi subjek umum mengikut keperluan
-
Bertanggungjawab secara terus tentang mutu dan keberkesanan kursus / latihan subjek umum yang dijalankan.
-
Merancang, merangka dan membangun kurikulum dan bahan latihan kursus subjek umum.
-
Memberi khidmat nasihat berkenaan subjek dan menyemak nota-nota kuliah.
-
Bekerjasama dengan jabatan latihan dalam penyediaan jadual-jadual kelas.
CESS
Unit Komuniti &
Khidmat Sokongan Pekerjaan
Menghubungkan pelajar, industri dan peluang kerjaya bagi membina laluan pekerjaan yang lebih jelas, terancang dan berdaya saing.
Lihat Perkhidmatan →
Sokongan Kerjaya dan Hubungan Industri
Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS) bertanggungjawab memastikan pelajar yang bakal menamatkan latihan di ILP Arumugam Pillai mendapat sokongan dalam merancang dan membina laluan kerjaya.
Unit ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan berkaitan kerjaya, penempatan pekerjaan, hubungan industri, kursus jangka pendek serta jaringan alumni bagi membantu pelajar memasuki alam pekerjaan dengan lebih yakin dan bersedia.
Objektif
Hubungan Industri
Menjadi medium perhubungan strategik antara institut dengan syarikat dan organisasi industri di sekitar ILP Arumugam Pillai bagi mempromosikan graduan ILJTM.
Kerjasama Industri
Menguruskan hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penglibatan pihak industri dalam pelaksanaan latihan di ILJTM.
Kebolehpasaran Graduan
Memberi keyakinan kepada pihak industri terhadap kualiti graduan ILJTM serta membantu memastikan pelajar mendapat pekerjaan selepas menamatkan latihan.
Fungsi CESS
Kerjaya
Menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi membantu pelajar mendapatkan pendedahan, pengalaman dan peluang pekerjaan.
- ✓
Menyediakan perkhidmatan pendaftaran pekerjaan melalui Jobs Malaysia Point.
- ✓
Mengadakan temuduga terbuka.
- ✓
Mengadakan seminar dan bengkel pembangunan kerjaya.
- ✓
Menguruskan penempatan pelajar di industri.
- ✓
Menyelaras penilaian prestasi pelajar sepanjang latihan industri.
Kursus Jangka Pendek
Menawarkan latihan jangka pendek yang fleksibel mengikut keperluan industri dan pelanggan.
- 01
Kursus secara Customised — kursus berbayar mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.
- 02
Kursus secara Modular — kursus berbayar yang ditawarkan oleh institut.
Alumni ILP Arumugam Pillai
Membina dan mengekalkan hubungan berterusan dengan lepasan pelajar sebagai sebahagian daripada jaringan komuniti ILP Arumugam Pillai.
- 01
Menjadi urusetia Persatuan Alumni ILP Arumugam Pillai.
- 02
Mengekalkan hubungan dengan lepasan pelajar ILP Arumugam Pillai.
Pasukan CESS
Ts. Syamsul Azmirullah bin Mohd Diah
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Pasukan Sokongan CESS
- 01
Azhar bin Hassan
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 02
Norazlina bt Budin
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 03
Aizuddin bin Abdul Hamid
Pegawai Pendidikan Siswazah (DG9)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Menghubungkan Kemahiran dengan Peluang Kerjaya
Melalui hubungan erat bersama industri, pembangunan kerjaya dan jaringan alumni, CESS terus menyokong pelajar ILP Arumugam Pillai dalam membina masa depan kerjaya yang lebih yakin dan berdaya saing.
Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
Menyediakan perkhidmatan sokongan dalam pengurusan sumber maklumat, teknologi ICT, multimedia dan media sosial bagi menyokong keperluan warga institut.
Kenali Perkhidmatan Kami ↓
Menyokong keperluan maklumat, ICT dan multimedia institut
Memastikan semua warga Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai dapat menikmati segala kemudahan dengan menyediakan perkhidmatan sokongan khususnya dalam bahagian pusat sumber dan pusat komputer.
Skop Perkhidmatan
Pengurusan Pusat Sumber
Mengurus dan menyelaras perkhidmatan sumber maklumat serta bahan bacaan bagi memenuhi keperluan warga institut.
- ✓
Peminjaman bahan bacaan
- ✓
Pemulangan bahan bacaan
- ✓
Penerimaan bahan bacaan daripada pembekal
- ✓
Penerimaan bahan bacaan berbentuk sumbangan
- ✓
Pengurusan bahan bacaan yang baru diterima
- ✓
Perolehan bahan bacaan
ICT & Multimedia
Mengendalikan kemudahan ICT, infrastruktur digital, sokongan multimedia serta pengurusan media sosial institut.
- ✓
Pengendalian dan penyelenggaraan infrastruktur serta sistem ICT
- ✓
Operasi pemantauan dan penyelenggaraan peralatan ICT pejabat
- ✓
Operasi penyelenggaraan berjadual peralatan ICT pejabat oleh pembekal
- ✓
Operasi penyelenggaraan berjadual peralatan ICT di makmal, pejabat dan bilik server
- ✓
Bertanggungjawab sebagai krew multimedia bagi aktiviti yang melibatkan institut
- ✓
Bertanggungjawab sebagai pentadbir urus bagi media sosial institut
Pasukan Pusat Sumber & Multimedia
Ts. Hafizah binti Talib
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Siti Zaidah bt Mat Razali
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA6)
Mohd Faizul Afzan bin Mamat
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)
Khairul Anuar bin Abu Bakar
Pembantu Perpustakaan (S1)
Memperkasa maklumat, teknologi dan perkhidmatan digital
Bahagian Pusat Sumber & Multimedia menjadi sebahagian daripada sokongan penting dalam memastikan warga institut mendapat akses kepada sumber maklumat, kemudahan ICT serta perkhidmatan multimedia dan digital yang berkualiti.








