BTM (2)

BAHAGIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA

Kursus Teknologi Multimedia Interaktif

Objektif kursus pelajar dilatih bagi menguasai kemahiran dalam pembangunan aplikasi multimedia interaktif, merangkumi integrasi teks, grafik, audio, animasi, video, realiti maya, dan realiti tambahan. Pelajar akan mempelajari teknik pembangunan aplikasi digital yang interaktif untuk pelbagai platform seperti aplikasi mudah alih, laman web, sistem berasaskan realiti maya dan realiti tambahan, serta e-Pembelajaran. Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada penggunaan peralatan digital seperti kamera video dan kamera DSLR bagi menghasilkan kandungan multimedia yang berkualiti. Pelajar juga akan mempelajari teknik penggambaran, penyuntingan video, serta penyuntingan imej untuk digunakan dalam pembangunan aplikasi. Kursus ini turut menekankan aspek kreativiti, penyelesaian masalah, serta pemahaman terhadap keperluan industri bagi memastikan aplikasi yang dibangunkan memenuhi standard teknologi semasa dan keperluan pengguna.

Peluang Kerjaya Graduan kursus ini berpeluang menceburi pelbagai bidang dalam industri multimedia seperti reka bentuk interaktif, pembangunan aplikasi, produksi video, realiti maya, dan e-Pembelajaran. Peluang pekerjaan merangkumi industri pengiklanan, produksi televisyen, pembangunan perisian, serta sektor pendidikan digital dan teknologi interaktif.

Pelajar akan dilatih dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan perkakasan dan perisian multimedia seperti berikut:

Menyunting imej, Menulis kandungan untuk audio dan video, Menghasilkan dan menyunting audio, Merakam, menyunting, dan menghasilkan video, Menulis kandungan kreatif, Membangunkan reka bentuk grafik, Menghasilkan animasi 2D dan 3D, Mereka bentuk dan membangunkan laman web interaktif, Membangunkan aplikasi mudah alih, Menghasilkan kandungan realiti tambahan dan realiti maya.

Tempoh latihan ialah 2 tahun 3 bulan termasuk latihan industri.

     
Ketua Jabatan Elektrik, Elektronik & ICT  
Nurul Hanida bt Abdul Wahab  
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)  
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  
   
Ketua Bahagian Teknologi Multimedia  
Siti Aishah bt Mansor  
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)  
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  
   
Dibantu oleh tenaga pengajar        
Shamsul bin Yahya   Mami Ezrina bt Mohd Azizi    
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)   Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)    
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    
         
Mohd Nawawi bin Muhamad Tahir   Mohamad Sahril bin Razali    
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV5)   Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV5)    
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    

Kursus yang ditawarkan

SIJIL TEKNOLOGI MULTIMEDIA INTERAKTIF

Borang Permohonan

  • 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 27 Ogos 2026 (K...

    Baca selanjutnya

  • 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐔 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 27 Ogos 2026 (Khamis) NIBO...

    Baca selanjutnya

  • 21 Ogos 2026 (Jumaat) Pihak JK Surau Al Munawwir dan BPPL ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal tela...

    Baca selanjutnya

  • 19 Ogos 2026 (Rabu) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah mengadakan Perhimpunan Pelajar Bulan...

    Baca selanjutnya

  • No module Published on Offcanvas position