BTE (2)

BAHAGIAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

Pelajar kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai Pendawaian Domestik dan Industri yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan elektrik melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari.Tempoh latihan hanya 2 tahun iaitu 4 semester. Sebaik tamatnya kursus, pelajar yang berjaya melepasi penilaian dan peperiksaan yang disediakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Kompetenan Pendawai Elektrik Satu Fasa (PW2) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Selain itu, pelajar juga akan menerima Sijil Juruelektrik Perindustrian yang diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa

Pelajar akan diajar cara-cara mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu fasa dan tiga fasa (domestic dan industri). Selaian itu, para pelajar juga akan diajar untuk mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan alat-alat elektrik serta mengawal dan membaikpulih alat janakuasa, motor dan peralatan industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST)

Peningkatan permintaan sebagai Juruelektrik, Pendawai Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik di industri-industri tempatan membuka peluang yang banyak kepada lepasan kursus ini. Jurulektrik berpengalaman berpeluang menjadi Penyelia atau Penilai bagi firma kontraktor elektrik. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri sebagai Kontraktor Elektrik. Pelajar yang tamat kursus ini dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Teknologi Perindustrian yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Sijil Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal – PW 2 oleh Suruhanjaya Tenaga dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Kursus ini hanya dibuka bagi mereka yang telah mempunyai Sijil Teknologi Elektrik Satu Fasa atau Sijil Pendawai Elektrik Fasa Tunggal (PW2) sahaja. Pelajar diajar cara-cara mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian 1-fasa dan 3-fasa, mencari dan mengesan dan merawat kerosakan alat-alat elektrik serta membaikpulih alat janakuasa, motor dan perlatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST). Pelajar yang tamat kursus ini akan dianugerahkan Sijil Pendawaian Elektrik (3 Fasa) – PW4 oleh Suruhanjaya Tenaga.​

Objektif kursus 

Kursus Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa ialah memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam Pendawaian Domestik/ Industri Tiga Fasa. Ia menitikberatkan pengalaman amali di samping pengetahuan tentang keselamatan, pengetahuan teknikal dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar memperolehi latihan yang lebih mendalam di bengkel dan di industri.

Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian antara lain termasuk bekerja dengan alat-alat dan perkakas moden.

Di samping itu juga, kursus Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa yang dijalankan bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara. 

      
Ketua Jabatan Elektrik, Elektronik dan ICT  
Nurul Hanida bt Abdul Wahab  
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)  
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  
   
Ketua Bahagian Teknologi Elektrik  
Ts. Alwary Suhaimy bin Johari  
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)  
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  
   
Dibantu oleh tenaga pengajar        
Ku Azmi bin Ku Ishak   Mohd Hamidi bin Saidin   Hajar Aswad @ Zulkifli bin Mohamad
Pen Peg Latihan Vokasional (DV8)   Pen Peg Latihan Vokasional (DV8)   Pen Peg Latihan Vokasional (DV8)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
         
Mohd Nizam bin Mat Noh   Fakhrul Dahri bin Basir    
Pen Peg Latihan Vokasional (DV7)   Pen Peg Latihan Vokasional (DV7)    
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    
         

Kursus yang ditawarkan

SIJIL ELEKTRONIK 3 FASA

  • 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 27 Ogos 2026 (K...

    Baca selanjutnya

  • 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐔 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 27 Ogos 2026 (Khamis) NIBO...

    Baca selanjutnya

  • 21 Ogos 2026 (Jumaat) Pihak JK Surau Al Munawwir dan BPPL ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal tela...

    Baca selanjutnya

  • 19 Ogos 2026 (Rabu) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah mengadakan Perhimpunan Pelajar Bulan...

    Baca selanjutnya

  • No module Published on Offcanvas position