𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐔𝐌𝐔𝐆𝐀𝐌 𝐏𝐈𝐋𝐋𝐀𝐈 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐂𝐘𝐁𝐈𝐂𝐎𝐌 (𝐌) 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
18 Januari 2024 (Khamis) : ILP APNT telah menerima kunjungan mesra dari pihak pengurusan Syarikat Cybicom (M) Sdn Bhd yang terdiri daripada Puan Azmanira Binti Ismail, Puan Afzal Umi Binti Ismail dan Perunding Syarikat, Encik Mat Setia bin Mohd Raji.
Antara agenda mesyuarat yang telah dibincangkan adalah seperti bentuk kerjasama yang bakal dilaksanakan seperti penghasilan produk syarikat melalui aktiviti Teaching Factory dan Training Cum Production. Syarikat amat berminat dengan kepakaran institut ini dalam bidang Teknologi Percetakan sejajar dengan gelaran Center of Skills Excellence (CoSE) yang diberi kepada ILP APNT.
Pegawai pengurusan syarikat diiringi pengurusan tertinggi ILP APNT melawat bengkel Jabatan Mekanikal & Pengeluaran yang terdiri daripada Bahagian Teknologi Rekabentuk Grafik, Bahagian Teknologi Percetakan Digital dan Bahagian Teknologi Litografi Ofset.
Semoga kolaborasi antara institut ini dengan Syarikat Cybicom (M) Sdn Bhd dapat direalisasikan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
~ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙎𝙠𝙞𝙡𝙡𝙨, 𝙄𝙜𝙣𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙁𝙪𝙩𝙪𝙧𝙚𝙨 ~
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.