PENGENALAN INSTITUT
Asal Usul Penubuhan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang. British telah membawa masuk buruh-buruh dari India Selatan untuk membangunkan industri getah di Malaysia. Lembaga Kumpulan Wang Tamil yang ditubuhkan pada 1907 untuk melicinkan kemasukan buruh-buruh India ke Malaya kemudiannya digantikan dengan Kumpulan Wang Buruh India Selatan. Kumpulan wang ini diwujudkan untuk menjaga kebajikan warga India yang ingin pulang ke tanah air mereka pada usia tua. N.T.S. Arumugam Pillai, AMN (1915-1989) seorang usahawan, pemilik ladang dan pemimpin masyarakat yang berjaya dan terkenal di bahagian utara Malaya, N.T.S Arumugam Pillai telah menderma tanah seluas 15 ekar kepada Lembaga Wang Buruh India Selatan bagi tujuan membina sebuah rumah kebajikan warga tua untuk buruh-buruh ladang yang telah berusia.
Apabila kumpulan wang ini dibubarkan pada 13 Julai 1999, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membina sebuah institut latihan perindustrian untuk memberikan latihan kemahiran teknikal kepada belia-belia dari latar belakang perladangan dan belia-belia di Malaysia keseluruhannya. Maka wujudlah Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Majlis Pecah Tanah dan Meletak Batu Asas telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Fong Chan Onn, Menteri Sumber Manusia pada 10 Mac 1998 dan kerja-kerja pembinaan bangunan secara rasminya bermula pada 22 Februari 1999. Perlaksanaan projek penubuhan ILP Arumugam Pillai ini telah dibuat dengan kaedah 'Design and Built'.
ILP Arumugam Pillai adalah salah satu daripada 32 buah Pusat Latihan yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILP Arumugam Pillai mengendalikan kursus-kursus kemahiran dan teknologi dengan kemudahan mesin serta peralatan latihan yang canggih. ILP Arumugam Pillai telah diberi perhatian khusus untuk menjadi pusat kecemerlangan untuk kursus Percetakan. Separuh daripada pelajar di sini terdiri daripada pelajar bidang Teknologi Percetakan yang terbahagi kepada 3 sijil iaitu Sijil Teknologi Litografi Offset, Sijil Teknologi Rekaan Grafik dan Sijil Teknologi Percetakan Digital. ILP Arumugam Pillai juga menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Percetakan. ILP Arumugam Pillai merupakan Pusat Kecemerlangan Kemahiran Teknologi Percetakan atau CoSE (Center of Skill Excellence).
Selain daripada kursus Percetakan, ILP Arumugam Pillai juga menawarkan kursus bagi Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Pendawaian Elektrik (3 Fasa), Sijil Teknologi Automotif Sijil Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif). Selain menawarkan kursus bagi sepenuh masa, ILP Arumugam Pillai turut menawarkan Kursus Jangka Pendek dan tawaran ini terbuka kepada orang awam, industri dan jabatan kerajaan bagi menambahkan kemahiran berkaitan tugas.
ILP Arumugam Pillai telah hampir berusia 15 tahun sejak penubuhannya telah berjaya melahirkan lebih 14,000 graduan berkemahiran melalui program sepenuh masa dan jangka pendek.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...