𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐄-𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐌𝐎𝐁𝐈𝐋𝐄 𝐋𝐄𝐆𝐄𝐍𝐃 𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐁𝐄𝐑 𝐈𝐋𝐏 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓
07 September 2023 (Khamis) : Sempena Program Minggu Keselamatan Siber 2023 ILP Kuala Langat yang berlangsung dari 5 - 7 September 2023, pasukan eSport Mobile Legends ILP AP Nibong Tebal telah menyertai Pertandingan e-Sport (Mobile Legend Bang Bang 2023) pada program berkenaan. Pasukan eSport Mobile Legends ILP AP Nibong Tebal terdiri daripada para pelajar semester akhir ILP AP Nibong Tebal iaitu Ikhmal Hamzah bin Razmi, Mohammad Haris Iskandar bin Nazari, Muhammad Syahmi bin Ismail, Adam As' bin Abdul Hafiz dan Muhammad Fitri bin Sazali. Tahniah diucapkan kepada Super Tora atas kejayaan menjadi NAIB JUARA.
Terima kasih juga diucapkan kepada Jurulatih dan Pegawai Pengiring iaitu En. Abdul Halim bin A. Rahim, En. Hussaini Aras bin Agus Salim, En. Mohd Afrie Nizam bin Abd Rahim dan En. Mazrul Halime bin Khalid atas kerjasama dan komitmen yang diberi sepanjang pertandingan berlangsung.
Semoga kejayaan ini menjadikan warga ILP AP Nibong Tebal lebih bersemangat mengorak langkah mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.