𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 - 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐄𝐄𝐊
24 Mei 2023 (Rabu) : Kursus Jangka Pendek ILP APNT yang bertajuk Menghasilkan Buku Hard Cover telah diadakan bertempat di bengkel cetak. Kursus ini dilaksanakan bersempena dengan National Training Week yang berlangsung sepanjang 22 - 26 Mei 2023.
Kursus yang telah dibimbing oleh 2 orang pengajar dari Bahagian Teknologi Litografi Ofset ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan, ilmu kemahiran dan kaedah menghasilkan buku jilidan kulit keras atau lebih dikenali sebagai hard cover binding book. Pengajar yang terlibat adalah Encik Mohd Noor bin Mat Saleh dan Encik Mohd Sofian bin Salleh.
Semoga dengan ilmu kemahiran yang telah diperolehi peserta ini dapat dimanfaatkan sebaiknya pada masa akan datang.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.