17 April 2023 : Program Ihya' Ramadan ILP AP Nibong Tebal diteruskan dengan Majlis Khatam Al - Quran yang disertai oleh 22 orang pelajar lelaki dan dikelola oleh Ustaz Mohamad Akmal Aliff Bin Saleh.
Majlis berlangsung di Surau Al - Munawwir ILP AP Nibong Tebal dan telah dihadiri oleh para pelajar dan kakitangan bagi mendengar alunan ayat suci al - Quran daripada para peserta. Semoga majlis ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mendidik jiwa dan rohani para pelajar untuk mencintai Kalam Allah.
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menghidupkan bulan Ramadan Al – Mubarak dan meningkatkan amalan kerohanian di dalam diri pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada para pelajar kerana memberi komitmen dan bersemangat untuk bersama - sama menjayakan aktiviti bagi mencari keredhaan Allah SWT.
Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Mohamad Akmal Aliff Bin Saleh mengetuai solat jemaah dan menyampaikan tazkirah pada hari ini.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.