Lawatan Pegawai Pengesahan Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
Lawatan Pegawai Pengesahan Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) bagi calon luar yang berdaftar melalui ILP Nibong Tebal (PB-PPT) bagi 3 program iaitu Industrial Maintenance (ME-010-3), Industrial Automation (MC-091-2/3/4:2016) dan Elektrikal (EE-320-2/3:2012) pada 25 Jan 2017. ILP Nibong Tebal telah menerima 5 orang calon PPT bawah PB-PPT dari Wah-Wah Electrical Sdn. Bhd. Kulim, yang telah menjalin smart partnership dengan ILP Nibong Tebal sejak 2016. Institut telah menerima kunjungan dua orang PPL-PPT JPK iaitu Tn. Harris Hussain dan Tn. Sulaiman Omar untuk menverifikasi portfolio mereka. Tahniah diucapkan kepada semua calon kerana telah berjaya memperoleh SKM Tahap 3.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.