19 Februari 2020 : Kursus Jangka Pendek Asas Pengetahuan dan Asas Penyelenggaraan Kenderaan telah dijalankan, menariknya kursus ini hanya terbuka kepada wanita sahaja bagi sesi pertama tahun 2020, melibatkan seramai 15 peserta kursus dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pagi peserta didedahkan secara teori asas pengetahuan kenderaan dan sesi petang diadakan pula sesi secara amali dengan merujuk kepada kenderaan masing-masing.
Kursus Jangka Pendek kali ini melibatkan tenaga pengajar dari Bahagian Teknologi Automotif dengan bantuan pelajar-pelajar Teknologi Automotif. Ternyata kursus ini sangat berguna bagi para wanita yang kini kebanyakannya memiliki kenderaan sendiri dan mengendalikannya bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.