Pada 02 November 2018, Telah berlangsung acara perasmian dan penjurian mural Astaka ILPAPNT di pondok rehat berdekatan astaka. Majlis yang diadakan secara santai dan hanya dihadiri oleh peserta mural dan juga beberapa pegawai ILPAPNT. Pemenang akan diumumkan pada perhimpunan bulanan pelajar bersama pengarah bagi bulan November. Turut mengambil peluang dalam melukis mural ini adalah kakitangan pentadbiran. Terima kasih diucapkan atas sokongan yang diberikan.
Bermula 27 Sept 2018 Kerja-kerja Mural di Astaka ILPAPNT dilaksanakan oleh pengajar dan pelajar bahagian Grafik. Lukisan Mural ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan sepenuhnya merangkumi sebahagian besar astaka pada bahagian depan. Pemandangan mural ini mencantikan lagi kawasan institut. Bagi pelajar, aktiviti ini sebagai latihan secara langsung bagi sesi pembelajaran mereka. Tahniah dan terima kasih di atas kreativiti dan masa yang disumbangkan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.