Program Bimbingan Kerjaya Pelajar Semester Akhir

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐„๐‘ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

30 SEPTEMBER 2026 โ€“ Program Bimbingan Kerjaya Pelajar Semester Akhir ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 30 September 2026, bertempat di Auditorium ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini melibatkan pelajar Semester Akhir daripada bidang Teknologi Reka Bentuk Grafik, Teknologi Percetakan Digital, Diploma Teknologi Percetakan, Teknologi Multimedia dan Teknologi Elektrik, serta pelajar Semester 2 bagi bidang Teknologi Elektrik.

Program dimulakan dengan taklimat persediaan latihan industri dari jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi bagi memberikan penerangan kepada para pelajar mengenai persediaan dan perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum menjalani latihan industri.

Seterusnya, para pelajar mengikuti pelbagai sesi bimbingan kerjaya yang dikendalikan oleh pasukan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang. Antara pengisian yang disampaikan termasuk pendedahan kepada portal MYFutureJobs, panduan etika pemakaian profesional, bengkel penulisan resume (Resume Writing) serta panduan menghadapi temu duga pekerjaan.

Sesi-sesi ini bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menghadapi proses pencarian pekerjaan, menyediakan dokumen permohonan kerja yang berkualiti serta meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan bakal majikan. Program diteruskan pada sebelah petang dengan taklimat bimbingan kerjaya yang memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai hala tuju kerjaya selepas tamat pengajian.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam memastikan para pelajar bukan sahaja menguasai kemahiran teknikal, malah mempunyai persediaan kerjaya yang mantap dan mampu memenuhi keperluan industri semasa.

Pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PERKESO Pulau Pinang atas perkongsian ilmu, bimbingan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Diharapkan segala ilmu dan panduan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan, sekali gus melahirkan graduan TVET yang kompeten, berkeyakinan dan berdaya saing dalam pasaran kerja.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
No module Published on Offcanvas position