
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐
5โ9 OKTOBER 2026 โ Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2026 melalui Biro Disiplin dan Keselamatan telah menganjurkan Pertandingan Tandas Asrama Terbaik Sesi 2/2026 yang melibatkan penghuni asrama lelaki dan perempuan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.
Pertandingan ini bertujuan memupuk budaya menjaga kebersihan, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan serta menerapkan nilai tanggungjawab, disiplin dan kerjasama dalam kalangan penghuni asrama.
Tempoh persediaan pertandingan berlangsung selama lima hari, bermula 5 hingga 9 Oktober 2026. Penilaian telah dilaksanakan pada 9 Oktober 2026 oleh barisan penilai yang terdiri daripada wakil Pengurusan Tertinggi, Ketua Audit EKSA dan Penolong Pengarah BPPL.
Sebanyak 14 tandas asrama telah dinilai, melibatkan 10 tandas asrama lelaki dan empat tandas asrama perempuan. Penilaian ini bertujuan mengenal pasti tandas yang memenuhi tahap kebersihan, kekemasan dan penyelenggaraan yang ditetapkan, sekali gus menggalakkan persaingan sihat antara penghuni asrama dalam mengekalkan persekitaran yang bersih dan teratur.
Penganjuran pertandingan ini turut menyokong usaha pembudayaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam kalangan warga kampus, khususnya dalam aspek kebersihan, keselesaan dan persekitaran yang kondusif.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan sebagai inisiatif berterusan untuk membentuk sikap prihatin dan bertanggungjawab terhadap kebersihan, di samping mewujudkan suasana asrama yang bersih, selesa, sihat dan harmoni.
Kebersihan Tanggungjawab Bersama, Asrama Bersih Warga Selesa!






