CSR Penyelenggaraan Kenderaan

CSR PENYELENGGARAAN VAN JENAZAH MASJID AT TAQWA BAGAN TIANG

27 Ogos 2026 (Khamis) NIBONG TEBAL โ€“ Bengkel Automotif Servis, ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah melaksanakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) Penyelenggaraan Van Jenazah Masjid At Taqwa, Bagan Tiang bertempat di Bengkel Automotif ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

Program ini melibatkan penyertaan beberapa orang pelajar Bengkel Automotif Servis di bawah seliaan En. Mohd Izzat Fitri, yang telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan terhadap van jenazah bagi memastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik, selamat dan sesuai digunakan oleh pihak masjid.

Turut hadir dalam program ini ialah saudara Hasri bin Stephen, alumni ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, yang bersama-sama membantu serta berkongsi pengalaman dan membimbing para pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan van tersebut.

Penglibatan alumni dalam program sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara institusi dan bekas pelajar, malah turut memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan praktikal, perkongsian pengalaman industri serta bimbingan secara langsung dalam bidang automotif.

Program CSR ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam memanfaatkan kepakaran dan kemahiran warga institusi untuk memberikan sumbangan kepada komuniti setempat, di samping membentuk pelajar yang berkemahiran, bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Bengkel Automotif Servis, saudara Hasri bin Stephen serta semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program CSR ini.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
No module Published on Offcanvas position