
18 Ogos 2026 (Selasa) โ Satu Majlis Menandatangani Surat Niat (Letter of Intent โ LoI) telah diadakan bagi memeterai jalinan kerjasama strategik antara Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Nibong Tebal dengan Yayasan Transformasi Sosial (YTS).
Majlis tersebut menyaksikan pertukaran dokumen Surat Niat yang ditandatangani oleh Ts. Adnan bin Ismail, Pengarah ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, dan Encik Surain a/l Kandasamy, Pengarah Yayasan Transformasi Sosial (YTS).
Upacara menandatangani Surat Niat ini turut disaksikan oleh Encik Mustafa bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Latihan ADTEC JTM, serta Dr. Sumathi a/p Jayabalan, Pengarah YTS.
Jalinan kerjasama strategik ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua organisasi, di samping memperkasakan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta membuka lebih banyak peluang pembangunan kemahiran kepada golongan belia dan masyarakat setempat.
Kerjasama ini memberi tumpuan kepada empat fokus utama, iaitu:
- Meningkatkan promosi pengambilan latihan TVET secara sepenuh masa dan separuh masa di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.
- Melaksanakan program latihan kemahiran TVET berteraskan Micro-Credential bagi memenuhi keperluan dan kehendak industri semasa.
- Memperkasa bimbingan kerjaya dan kebolehpasaran graduan melalui inisiatif pembangunan kerjaya yang lebih berfokus dan berimpak.
- Melaksanakan program pemerkasaan belia dan pembangunan komuniti berasaskan kemahiran TVET bagi meningkatkan keupayaan serta potensi masyarakat setempat.
Kerjasama ini diyakini dapat mewujudkan lebih banyak peluang kepada belia dan komuniti untuk memperoleh kemahiran yang relevan, meningkatkan kompetensi serta mempersiapkan diri menghadapi keperluan pasaran pekerjaan yang semakin dinamik.
Semoga jalinan kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dan Yayasan Transformasi Sosial ini dapat direalisasikan dengan jayanya serta menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, seterusnya memberikan impak positif kepada pembangunan belia, komuniti dan masyarakat tempatan.






