𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐒𝐔𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
29 Januari 2024 - 5 Februari 2024 : Perjalanan pelajar baharu ILP AP Nibong Tebal sesi 1/2024 yang telah mendaftar pada 29 Januari yang lalu diteruskan lagi dengan menyertai program Minggu Suai Kenal (MSK) ILP AP Nibong Tebal Sesi 1/2024.
Pelbagai aktiviti disusun kepada pelajar dengan bantuan kakitangan dan fasilitator ILP APNT antaranya Latihan Dalam Kumpulan, Taklimat Warden & JTP, Taklimat Buku Panduan Kerjaya, Taklimat Keselamatan & EKSA, Taklimat Polis & AADK, Ceramah Motivasi, Sukan & Kembara dan Aktiviti Keagamaan & Kerohanian.
Diharapkan dengan aktiviti yang dilaksanakan ini memberi peluang kepada pelajar baharu untuk saling mengenali dan berinteraksi antara satu sama lain serta memahami lebih dekat lagi sistem pembelajaran di institut ini sebelum meneruskan perjuangan dalam bidang masing-masing hingga ke penghujung pengajian.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”