𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 & 𝐇𝐈 - 𝐓𝐄𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐏𝐏 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑
5 Januari 2024 (Jumaat) : Satu Majlis Apresiasi Pelajar Semester Akhir & Hi - Tea Bersama MPP ILP APNT Sesi 2/2023 telah diadakan di Dewan Sukan. Objektif majlis ini adalah untuk meraikan pelajar lepasan semester akhir ILP AP Nibong Tebal bersama rakan - rakan dan para pengajar yang telah bersama - sama sepanjang pengajian sebelum para pelajar ini meneruskan perjuangan dalam laluan akademik dan kerjaya masing - masing setelah tamat pengajian.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik bagi setiap kursus, Anugerah Tokoh Pelajar ILP APNT, Anugerah Prom King & Prom Queen, penghargaan kepada MPP ILP APNT serta Cabutan Bertuah.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah! Tahniah juga diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar ILP AP Nibong Tebal Sesi 2023/2024 kerana mengatur majlis ini dengan jayanya.
Semoga majlis ini dijadikan satu kenangan yang terindah sepanjang berada di sini.
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu rinduan.