𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐀𝐔𝐓𝐎𝐌𝐎𝐓𝐈𝐅 𝐒𝐄𝐑𝐕𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐙𝐋𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐒𝐇𝐈𝐌𝐀𝐇 (𝐊) 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
13 Disember 2023 (Rabu) : 24 orang Pelajar Teknologi Automotif Servis diiringi oleh 4 orang pengajar pengiring telah menyertai Program Lawatan Industri ke Syarikat Perniagaan Mazlan & Hashimah (K) Sdn Bhd, Alor Setar Kedah.
Syarikat Perniagaan Mazlan & Hashimah (K) Sdn Bhd merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan servis dan baikpulih pelbagai jenis kenderaan terutamanya kereta-kereta mewah. Konsep pusat servis kenderaan yang serba mewah dan selesa untuk pelanggan ini menjadi daya tarik dan keunikan kepada syarikat ini.
Para pelajar berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi kerja-kerja menyelenggara kenderaan mewah seperti Lamborghini Urus yang tiada di pusat servis yang lain.
Selain itu, para pelajar juga telah diberi taklimat berkenaan servis penyelenggaraan kenderaan yang dilaksanakan di syarikat ini. Para pelajar juga telah diberi penerangan berkenaan proses pertama iaitu menerima kedatangan pelanggan sehingga proses terakhir iaitu menyerahkan kenderaan kepada pelanggan.
Semoga dengan terlaksananya program lawatan seperti ini dapat menambahkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada para pelajar Bahagian Teknologi Automotif Servis.