𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 - 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋
2 Disember 2023 (Sabtu) : Satu program gotong royong telah diadakan di Sekolah Agama Rakyat Nibong Tebal anjuran Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Nibong Tebal dengan penyertaan para pelajar ILP AP Nibong Tebal.
Seramai 50 orang pelajar ILP AP Nibong Tebal dari kursus Teknologi Elektrik, Teknologi Multimedia Interaktif dan Teknologi Automotif Servis diiringi oleh Ts. Siti Noormaizura Binti Sarkam, Pn. Faezatul Azma Binti Yusof dan Pn. Nur Sakinah Binti Che Fadzil menyertai program berkenaan sebagai sukarelawan.
Semoga aktiviti ini mencapai matlamat bagi memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap alam sekitar dan komuniti di persekitaran. Kerja-kerja kesukarelawanan ini akan memberi kebaikan, manfaat dan kesejahteraan bukan sahaja kepada komuniti dan persekitaran, bahkan kepada pembangunan diri pelajar ILP AP Nibong Tebal juga.