𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 & 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐋𝐔𝐌𝐍𝐈 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓
09 September 2023 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah berbesar hati menerima kehadiran Saudara Edie Nurfazlin bin Abdul Kadir, Alumni ILP APNT. Kehadiran beliau adalah bertujuan untuk memberi bimbingan dan menyampaikan tips serta teknik menghadapi Pertandingan Akhir WSMB Bidang Graphic Design kepada wakil institut ini iaitu Saudara Muhammad Aqil Asyraf bin Shamsul.
Saudara Edie Nurfazlin ialah graduan Diploma Teknologi Percetakan sesi 1/2019 dan telah memenangi pingat gangsa dalam pertandingan WSMB sebelum ini. Beliau juga telah dipilih sebagai Ikon TVET KSM pada tahun 2022 atas pencapaian beliau yang cemerlang dan membanggakan.
Semoga sesi bimbingan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh wakil ILP APNT, Saudara Muhammad Aqil Asyraf bin Shamsul ke Petandingan Akhir WSMB yang akan berlangsung pada 18-22 September 2023.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.