𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐏𝐀𝐏 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋
22 Ogos 2023 (Selasa) : Bahagian Kesihatan Pergigian Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dengan kerjasama ILP AP Nibong Tebal telah mengadakan satu Program Kesihatan Pergigian kepada pelajar baharu ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal bagi sesi 2/2023.
Beberapa pengisian aktiviti diadakan sepanjang program seperti Ceramah Kesihatan Pergigian oleh Dr. Lean Wei Ren, Ceramah Orthodontik oleh Dr. Sonia A/P Belayutham, kuiz, pemeriksaan pergigian & pameran.
Semoga dengan penerangan daripada penceramah serta pemeriksaan yang telah dilakukan ianya dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang tanggungjawab untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut bagi membantu mencegah kerosakan berlanjutan yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit yang serius.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.