𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐍𝐎𝐖𝐋𝐄𝐃𝐆𝐄 & 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐄𝐑 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐍𝐄𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐋𝐏𝐀𝐏𝐍𝐓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐅𝐎𝐎 𝐀𝐑𝐓 & 𝐌𝐔𝐋𝐓𝐈𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
17 Ogos 2023 (Khamis) : Satu program perkongsian ilmu kemahiran dan teknologi telah diadakan khas untuk para pelajar Bahagian Teknologi Rekabentuk Grafik dan Bahagian Teknologi Multimedia Interaktif yang bertajuk Canva - Ciri dan Manfaat.
Program ini telah dijayakan oleh Unit CESS ILP APNT dengan kerjasama syarikat rakan pintar institut ini iaitu Sifoo Art & Multimedia yang mana salah satu inisiatif jalinan kolaborasi antara kedua-dua pihak. Program yang cukup bermanfaat untuk para pelajar yang terlibat ini telah disampai oleh Encik Muhammad Syafiq bin Azman, tenaga pengajar SifooDotCom.
Pelbagai ilmu serta pengetahuan berkenaan rekabentuk grafik dan multimedia telah dikongsi bersama untuk pedoman para pelajar supaya berjaya menembusi pasaran pekerjaan dan releven kepada industri kreatif negara.
Semoga dengan terlaksananya program yang cukup bermanfaat ini dapat meningkatkan ilmu kemahiran pelajar serta mencetuskan idea kreatif dan kritis pada masa akan datang.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.