𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐅𝐋𝐄𝐗
21 Julai 2023 : Satu taklimat kerjaya dari Syarikat Flex telah diadakan. Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil syarikat iaitu Puan Nurul Izni binti Ilias. Taklimat kerjaya ini telah dihadiri oleh para pelajar semester akhir Bahagian Teknologi Elektrik.
Syarikat Flex yang berpengkalan di negara Amerika ini merupakan ketiga yang terbesar di dunia dalam menyediakan perkhidmatan reka bentuk, pembuatan dan perkhidmatan logistik untuk pelbagai industri.
Syarikat Flex amat memerlukan tenaga kerja yang ramai bagi menampung kapasiti dan operasi di kilang yang baru dibina di Kawasan Perindustrian Perai, Pulau Pinang yang akan beroperasi tidak lama lagi.
Pihak pengurusan ILP APNT amat berterima kasih dan berbesar hati atas kesudian pihak syarikat menawarkan peluang pekerjaan kepada para pelajar institut ini. Kami amat mengalu-alukan kerjasama dan kolaborasi dari mana-mana industri seperti ini.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.