𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐖𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊
10 Jun 2023 : Bermulanya Program Kursus Jangka Pendek ILP APNT - Pendawaian Elektrik selama 8 hari pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Jun dan Julai 2023. Kursus ini adalah tajaan sepenuhnya dari Northern Corridor Economic Region (NCER) Malaysia di bawah Kementerian Kewangan.
Kursus yang ditaja khas untuk penduduk seluruh kawasan Daerah Kerian ini adalah bertujuan untuk membantu golongan B40 dalam mempelajari ilmu kemahiran yang seterusnya boleh dimanfaatkan dalam menjana sumber pendapatan.
Kursus ini masih lagi dibuka untuk penduduk kawasan Daerah Kerian dan sekiranya ada yang berminat, boleh terus menghubungi pihak kami atau NCER Negeri Perak.
Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang kami sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.