𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 - 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐄𝐄𝐊
26 Mei 2023 (Jumaat) : Program Kursus Jangka Pendek ILP APNT telah diadakan bertajuk Apa Selepas Ramadan?. Pengisian ilmiah ilmu agama ini dilaksanakan bersempena dengan National Training Week (NTW) yang berlangsung sepanjang 22 - 26 Mei 2023. Pelaksanaan Ceramah Agama ini adalah penutup Program NTW yang ILP APNT anjurkan pada tahun ini.
Majlis ilmu, taman syurga yang diadakan pada hari yang barakah, Jumaat penghulu segala hari disampaikan oleh Pengajar Subjek Umum ILP APNT, al-Fadhil Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Salleh.
Bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk umat Islam melaksanakan amal ibadah kerana telah dijanjikan oleh Allah Taala akan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Justeru, dalam ceramah kali ini dibincangkan apa yang perlu dilakukan selepas berakhirnya bulan Ramadan. Topik yang menarik ini telah dikupas dan dikongsikan dengan peserta oleh al-Fadhil ustaz bagi dijadikan pedoman hidup sebagai Umat Islam.
Semoga dengan ilmu agama yang telah diperolehi peserta ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam menjalani kehidupan seharian.
Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang telah sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT di talian 045956000.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.