𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 - 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐄𝐄𝐊
25 Mei 2023 (Khamis) : Satu Program Kursus Jangka Pendek Webinar ILP APNT bertajuk Introduction to KNX : Building Automation System telah diadakan sempena National Training Week yang berlangsung sepanjang 22 - 26 Mei 2023.
Kursus ini dibimbing oleh 2 orang pengajar dari Bahagian Teknologi Elektrik iaitu Puan Faezatul Azma bt Yusof dan YM Ku Azmi bin Ku Ishak adalah bertujuan untuk memberi pendedahan, ilmu pengetahuan berkenaan KNX iaitu sistem kawalan bangunan yang melibatkan peranti elektrik dan perisian untuk mengautomasi serta mengintegrasikan pelbagai fungsi dalam satu bangunan.
Semoga dengan ilmu kemahiran yang telah diperolehi peserta ini dapat dimanfaatkan sebaiknya pada masa akan datang.
Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang telah sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT di talian 045956000.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.