𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐂𝐈𝐑𝐂𝐋𝐄 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟑
21 Mei 2023 (Ahad) : Biro Keagamaan & Kebudayaan, Majlis Perwakilan Pelajar ILP APNT Sesi 2023/2024 telah menganjur program Smart Circle Sesi 1/2023. Program ini dijalankan selepas waktu Maghrib di Surau Al - Munawwir, ILP APNT dan jadual pelaksanaan diadakan setiap hari Ahad pada Minggu Pertama dan Minggu Ketiga setiap bulan.
Objektif program adalah bagi menambahkan penghayatan dan kecintaan terhadap Al-Quran serta membacanya dengan bertajwid sambil dibantu oleh para fasilitator di kalangan pelajar ILP APNT. Beberapa aktiviti di dalam kumpulan turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman dan tanggungjawab pelajar-pelajar terhadap ajaran Islam.
Semoga program ini membantu mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah di dalam diri para pelajar di samping dapat menyemarakkan nilai kepimpinan pelajar.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.