𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐑𝐔𝐌𝐔𝐆𝐀𝐌 𝐏𝐈𝐋𝐋𝐀𝐈 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐎 𝐂𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐂𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃, 𝐘𝐀𝐌𝐀𝐆𝐀𝐓𝐀 (𝐌) 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐈𝐓𝐒 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂𝐒 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
17 Mei 2023 (Rabu) : Satu Majlis Menandatangani Dokumen Kerjasama Pintar telah diadakan antara ILPAPNT bersama Kian Joo Can Factory Berhad, Yamagata (M) Sdn Bhd dan Straits Technics Sdn Bhd.
Sesi menurunkan tandatangan pada dokumen kerjasama pintar telah disempurnakan oleh Tuan Pengajar ILP APNT, Ts. Adnan bin Ismail dan Timbalan Pengarah Latihan, YM Raja Muhammed bin Raja Daud bagi pihak Kerajaan Malaysia.
Bagi pihak Kian Joo Can Factory Berhad pula, telah diwakili oleh Pengurus Operasi, Encik Chew Shan Peng dan Pengurus Sumber Manusia, Puan Tan Bee Fong. Syarikat Yamagata (M) Sdn Bhd telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Urusan, Puan Chia Fui Fung dan Pengurus Besar, Encik Jayaraju A/L Narayanasamy. Manakala Straits Technics telah diwakili oleh Pengarah Urusan, Ir Ts Amir Shafiq Bin Adham dan Jurutera Projek, Encik Izzarul Nazafiq Bin Ilias.
Kerjasama pintar yang termeterai ini merupakan kerjasama dalam pembangunan sumber manusia dan bimbingan khidmat teknikal yang mana pelajar ILP APNT diterima menjalani latihan industri (LI) dan pengajar dapat menjalani latihan sangkutan industri (LSI) dalam bidang teknologi percetakan dan teknologi elektrik.
Kian Joo Can Factory Berhad yang terletak di Batu Caves, Selangor merupakan sebuah syarikat yang terbesar di Asia Tenggara yang menghasilkan produk pembungkusan. Contoh produk pembungkusan yang dihasilkan oleh syarikat ini adalah seperti two-piece cans, two-piece aluminium beverage cans, corrugated carton boxes dan banyak lagi.
Yamagata (M) Sdn Bhd yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang Teknologi Percetakan sejak tahun 1991 dan menawarkan perkhidmatan mereka bentuk dan percetakan yang merangkumi produk seperti poster, brosur, buku, majalah dan pelbagai jenis penerbitan.
Straits Technics Sdn Bhd pula yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang Teknologi Elektrikal sejak tahun 1982 dan menawarkan perkhidmatan kejuruteraan elektrik dalam mengendalikan harmonics test/capacitor, transformer oil changing/filtration, LV & HT underground cable jointing, rewinding motors AC & DC, wiring domestic & industrial, MSB servicing, testing & recalibration of protection relays.
Semoga dengan termeterainya kerjasama ini dapat memberi manfaat dan impak yang positif kepada Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal dalam melahirkan tenaga kerja mahir mengikut kehendak industri dan perubahan teknologi.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.