𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐑𝐔𝐌𝐔𝐆𝐀𝐌 𝐏𝐈𝐋𝐋𝐀𝐈 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐎 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏
16 Mei 2023 (Selasa) :Institut telah menerima kunjungan dari para pegawai pengurusan dari Kian Joo Group yang terdiri daripada Kian Joo Can Factory Berhad, KJ Can (Selangor) Sdn Bhd dan KJM Aluminium Can Sdn Bhd.
Tujuan mesyuarat kolaborasi industri antara kedua-dua pihak ini adalah untuk membincangkan perkara utama dalam kerjasama di antara dua hala yang melibatkan Program SLDN dan penghasilan Video Korporat (Employment Branding).
Sesi awal mesyuarat, para pegawai pengurusan syarikat telah diberi taklimat pengenalan berkenaan institut ini. Pada akhir sesi lawatan pula para pegawai dari syarikat berkenaan telah diiringi ke Bengkel Latihan di bawah Jabatan Mekanikal & Pengeluaran (Kluster Percetakan).
Pihak pengurusan ILP APNT amat menghargai dan berasa amat bertuah kerana diberi kepercayaan oleh syarikat yang begitu besar di rantau ini dan sudi bekerjasama dengan institut ini.
Semoga kerjasama industri yang terjalin ini dapat diteruskan lagi diteroka dalam pelbagai skop dan bidang di masa hadapan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.