𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐀𝐔𝐓𝐎𝐌𝐎𝐓𝐈𝐅 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐎𝐅 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄
22 Disember 2022 : 25 orang pelajar Bahagian Teknologi Automotif ILP APNT telah menghadiri satu program lawatan industri ke Proton Center of Excellence di Subang Jaya, Selangor.
Program lawatan ini bermula dengan penerangan berkenaan sejarah penubuhan proton dan pencapaian syarikat berkenaan di Auditorium. Proton (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) telah berkembang maju sejak dari penubuhannya oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 07 Mei 1983.
Seterusnya, para peserta lawatan telah dibawa melawat ke pusat pameran syarikat ini yang terdiri daripada model-model kereta Proton sejak tahun 1983, enjin kereta yang digunakan dan simulasi perlumbaan kereta. Para peserta juga telah berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi proses penyelenggaraan kereta proton ketika dibawa melawat ke pusat servis.
Semoga dengan terlaksananya program lawatan seperti ini dapat menambahkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada para pelajar Bahagian Teknologi Automotif.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...