18 Ogos 022 : Unit CESS telah mengadakan taklimat buku panduan kerjaya kepada pelajar baharu ILP APNT sesi 2/2022. Taklimat ini disampaikan oleH En. Syamsul 'Azmirullah bin Mohd Diah selaku Penolong Pengarah unit CESS.
Taklimat ini adalah aturcara wajib untuk semua pelajar baharu dan salah satu slot yang diperuntukkan dalam Minggu Suai Kenal bagi setiap sesi. Antara isi kandungan buku panduan kerjaya ILJTM yang telah dilaksanakan adalah modul kenali diri. Dalam modul ini, para pelajar telah merekodkan semua maklumat berkenaan diri masing-masing seperti kelebihan dan kekurangan diri, perkara penting dalam hidup dan keupayaan diri masing-masing.
Para pelajar juga diminta untuk melaksanakan ujian personaliti bagi mengesan kecenderungan bidang masing-masing. Sebahagian daripada modul yang lain iaitu menempuh alam pekerjaan pula akan dilaksanakan sebelum pelajar tamat pengajian dan seterusnya menduduki latihan industri.
Semoga dengan terlaksananya taklimat ini, para pelajar ILP APNT dapat mengenali diri masing-masing seterusnya membentuk jatidiri sebelum menempuh alam pekerjaan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...