25 - 27 Jun 2022 : Kursus Jangka Pendek Pendawaian Kediaman 3 Fasa telah dijalankan melibatkan peserta dari kalangan orang awam. Para peserta telah didedahkan pengetahuan secara teori perlaksanaan projek secara amali. Peserta sepatutnya boleh memasang litar elektrik tiga fasa untuk kegunaan domestik yang memenuhi keperluan ST menggunakan saluran PVC dan trunking PVC. Mereka juga harus tahu memilih saiz kabel, beban dan pemutus litar yang betul.
Kursus ini dijalankan di Bengkel Teknologi Elektrik dengan penglibatan tenaga pengajar TS. Alwary Suhaimy bi Johari dan Encik Mohd Hamidi bin Saidin. Semoga dengan ilmu kemahiran yang telah dipelajari oleh peserta yang hadir dapat membantu dan memberi manfaat dalam kehidupan dan pekerjaan yang diceburi.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...