10 Mei 2022 : Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal telah menerima kunjungan dari Syarikat Yamagata (M) Sdn Bhd. Lawatan syarikat,rakan strategik institut diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar iaitu Encik Jayaraju A/L Narayanasamy. Tujuan kunjungan ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan program latihan kemahiran pelajar dan juga pengajar ILP APNT di premis syarikat di Nilai, Negeri Sembilan. Melalui perbincangan tersebut, para pelajar Teknologi Litografi Ofset, diiringi 2 orang pengajar akan menjalani latihan kemahiran dan latihan sangkutan industri di Syarikat Yamagata (M) Sdn Bhd.
Selain itu, Encik Jayaraju juga sempat meluangkan masa dan memberi taklimat ringkas, perkongsian ilmu pengetahuan dan juga pengalaman beliau dalam bidang percetakan kepada para pelajar Diploma Teknologi Percetakan dan Teknologi Litografi Ofset. Semoga dengan kerjasama yang baik dan erat antara kedua-dua pihak ini dapat diteruskan bagi memperkasakan latihan kemahiran TVET negara dan menghasilkan pekerja mahir yang dapat memacu ekonomi negara kita.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...