𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐈 – 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐄𝐓𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 (𝐒𝐔𝐁𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍) 𝐃𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐄𝐓𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋
15 - 17 Mac 2022 : Selama 3 hari pelajar Semester 3 dan 4 Teknologi Percetakan Digital telah menjalani latihan amali di Syarikat Teguh Menanti Enterprise di dalam teknik percetakan digital sublimation. Para pelajar telah diberi latihan dari awal proses rekabentuk baju, mencetak baju, proses heat-transfer dan seterusnya menggunting sebelum proses menjahit. Pelajar sendiri merekabentuk baju, selendang, face mask dan juga mug seterusnya melaksanakan sendiri proses mencetak, heat-transfer sehingga memotong kain dibantu oleh pekerja-pekerja syarikat.
Hasil produk yang dihasilkan sendiri oleh pelajar ini dinilai bagi modul-modul teras Teknologi Percetakan Digital. Tujuan program ini adalah sebagai memperkuatkan latihan amali para pelajar di samping memperkenalkan teknologi ini yang tidak ada di institut kepada para pelajar. Melalui kerjasama industri, pelajar telah didedahkan dengan kemahiran dan teknologi ini. Terima kasih kepada Syarikat Teguh Menanti Enterprise atas kesudian berkongsi ilmu dan kemahiran dalam bidang Teknologi Percetakan Digital.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...