11 Mac 2022 : Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal telah menerima kunjungan dari QLM Label Makers Sdn Bhd, syarikat yang terletak di Puchong, Selangor ini adalah salah satu syarikat terkemuka dalam dunia percetakan yang menyediakan perkhidmatan mencetak label.
Syarikat yang berpengkalan di negara Australia ini mengunjungi ILP APNT bagi tujuan melaksanakan kolaborasi bersama institut. Kunjungan pihak pengurusan tertinggi syarikat yang diketuai oleh Encik Allan Lo, Pengarah Urusan QLM Label Makers Sdn Bhd disambut mesra oleh para pegawai kanan ILP APNT.
Antara perkara yang dibincangkan adalah skop kerjasama yang boleh dilaksanakan seperti pembangunan sumber manusia melibatkan pelajar ILP APNT dan para pengajar.
Semoga dengan kunjungan dari syarikat QLM Label Makers Sdn Bhd ini dapat merealisasikan jalinan kolaborasi dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...