13 Januari 2022 : Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bersama kakitangan sempena perpindahan Tuan Hj. Azman bin Hj. Ibrahim, Pengarah ILP APNT yang akan memulakan tugas barunya sebagai Pengarah ADTEC Jerantut bermula 17 Januari 2022.
Seluruh warga ILP APNT akan merindui salam ucapan pagi dan doa yang dikirimkan setiap hari oleh beliau. Setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala sumbang bakti yang telah diberikan sepanjang berada di ILP APNT.
Jasamu dikenang nama diberi,
Buat merai teman bestari,
Tn.Hj. Azman insan yang kami kasihi,
Jasa Tn. Hj. amat kami dihargai.
Ayam rintik di pinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga,
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.
Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi.
Lambaian kasih sanjungan budi,
Bunga selasih kembang berseri,
Jasa bakti kekal abadi,
Dikasihi orang tidak terperi.
14 Januari 2022 : Majlis Perpisahan antara pelajar dan Tuan Hj. Azman bin Hj. Ibrahim, Pengarah ILP APNT yang akan memulakan tugas barunya sebagai Pengarah ADTEC Jerantut bermula 17 Januari 2022. Semoga kenangan terus tersemat di hati.
Riuh di awan sekawan helang,
Riang senada kongsi keriangan,
Jasamu Tuan Haji Azman tidak terbilang,
Inspirasi kjami kekal berzaman.
Berangkat sampan ke Pulau Pandan,
Mencari kepah untuk hidangan,
Perpisahan ini bukan sempadan,
Ikatan terjalin usah diputuskan.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Tuan Haji Azman bin Haji Ibrahim, Pengarah ILP APNT di atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan selama berkhidmat di ILP APNT. Jasamu dikenang buat seluruh Warga ILP APNT. Selamat maju jaya dan semoga sentiasa sihat dan cemerlang di tempat bertugas yang baru.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...