𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐔𝐌𝐔𝐆𝐀𝐌 𝐏𝐈𝐋𝐋𝐀𝐈 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 (𝐈𝐋𝐏𝐀𝐏𝐍𝐓) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐌𝐀𝐆𝐀𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐄𝐄 𝐈𝐌𝐀𝐆𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐒 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
11 Januari 2022 : Kerjasama pintar yang termeterai ini merupakan kerjasama dalam pembangunan sumber manusia dan bimbingan khidmat teknikal yang mana pelajar ILP APNT diterima menjalani latihan industri (LI) dan pengajar dapat menjalani latihan sangkutan industri (LSI) dalam bidang percetakan.
Yamagata (Malaysia) Sdn Bhd merupakan pemain industri dalam bidang litografi ofset dan pembungkusan yang terletak di Negeri Sembilan, berpengkalan di negara matahari terbit iaitu Jepun.
Manakala, Kuang Yee Image Press Sdn Bhd pula merupakan pemain industri zon utara dalam bidang percetakan digital dan pembungkusan yang mana syarikat ini adalah salah satu penyedia perlabelan di Ikea Batu Kawan.
Semoga dengan termeterainya kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...