27 Oktober 2021 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menerima kunjungan dari Pensyarah Program Diploma Teknologi Media Cetak (DMC), Politeknik Muadzam Shah sekitar jam 9:00 pagi. Lawatan penanda aras ini diketuai oleh Puan Norizzati binti Abd Latif dan disertai 3 orang pensyarah iaitu Puan Nur Hidayah binti Mohiddin, Puan Hazwani binti Hashim dan Puan Nurdiyana binti Zainuddin.
Tujuan lawatan penanda aras ini adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan pengurusan latihan amali dan teori, pelaksanaan kuliah dan proses penilaian dan pentaksiran pelajar dalam bidang Diploma Teknologi Percetakan yang ditawarkan di ILP APNT. Dalam mesyuarat pembukaan yang telah dipengerusikan oleh pengarah ILP APNT Tuan Haji Azman bin Haji Ibrahim, turut membincangkan perancangan kerjasama serta kolaborasi yang boleh dijalankan di antara dua agensi penyedia latihan kemahiran TVET di negara ini. Tetamu di bawa melawat bengkel dengan iringan pegawai kanan institut dan berkesempatan melakukan aktiviti amali dengan bimbingan para pengajar Teknologi Litografi Ofset ILP APNT.
Semoga kerjasama di antara dua agensi ini dapat diteruskan di masa hadapan demi memajukan dan memperkasakan latihan kemahiran TVET negara seterusnya melahirkan tenaga kerja mahir.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...