𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗨𝗠𝗨𝗚𝗔𝗠 𝗣𝗜𝗟𝗟𝗔𝗜 𝗡𝗜𝗕𝗢𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗕𝗔𝗟
08 Oktober 2021 :Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menerima kunjungan dari Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBrs. Encik Shakib bin Ahmad Shakir sekitar jam 10:00 pagi dan disambut mesra oleh pengurusan tertinggi institut.
Kunjungan YBrs. Tuan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia ini dimulakan dengan sesi fotografi di lobi ILPAPNT dan seterusnya beliau menyempurnakan upacara penanaman anak pokok durian belanda di perkarangan lobi ILPAPNT.
Pada sesi lawatan ini juga, antara perkara yang dibincangkan adalah pencapaian semasa ILPAPNT, cabaran pelaksanaan latihan di kala pandemik dan juga perancangan institut dalam merealisasikan pelan strategik jabatan.
Kunjungan diteruskan dengan lawatan ke bangunan latihan. YBrs. Encik Shakib bin Ahmad Shakir di bawa melawat sekitar kawasan bengkel dan berkesempatan melakukan aktiviti amali dengan taklimat ringkas dari tenaga pengajar ILPAPNT.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah kunjungan ini,
Di lain masa bersua lagi.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...