PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KURSUS PRINTING FUNDAMENTAL BAGI PENGAJAR KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI & KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
29 - 30 September 2021 : Kursus selama 2 hari ini dijalankan khas untuk tenaga pengajar Kolej Vokasional Kuala Krai dan Kolej Vokasional Balik Pulau. Kaedah pelaksanaan bagi kursus ini adalah secara teori dan amali. Semua kit latihan telah dipos kepada semua peserta bagi melaksanakan latihan amali di stesen masing-masing. Kursus ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform Zoom, di mana melibatkan tenaga pengajar bahagian Teknologi Percetakan, antaranya En. Muhammad Muizz bin Antong, En. Mohd Noor bin Mat Salleh, En. Azhar bin Hassan dan En. Mohd Hamadi bin Othman.
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal antara institut yang telah dipilih oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan program kemahiran peningkatan pengajar.
Semua peserta dianugerahkan dengan SIJIL PENINGKATAN KEMAHIRAN yang dikeluarkan oleh Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Semoga ilmu kemahiran yang dipelajari sepanjang program ini dapat memberi manfaat kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai pengajar di Kolej Vokasional.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...