23 Ogos 2021 : Satu taklimat kaedah penulisan laporan eksekutif latihan industri telah dilaksanakan oleh Unit CESS ILPAPNT pada hari ini. Taklimat yang telah disampaikan oleh Puan Norazlina binti Budin ini adalah bertujuan untuk memberi panduan dan tunjuk ajar berkenaan penulisan laporan eksekutif latihan industri kepada pelajar semester akhir Diploma Teknologi Percetakan ILPAPNT sebelum memulakan latihan industri pada 1 September 2021.
Latihan industri yang akan dilaksanakan selama 3 bulan ini adalah syarat wajib Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi pelajar-pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Semoga semua pelajar dapat menjalankan latihan industri dengan jayanya dan memberi manfaat serta pendedahan kepada realiti sebenar industri percetakan. Taklimat diadakan secara atas talian pada platform Google Meet. SELAMAT MAJU JAYA kepada semua pelajar akhir Diploma Percetakan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...