06 Julai - 12 Julai 2021 : Unit CESS dengan kerjasama KSK ILPAPNT telah melaksanakan Program Pondok Rezeki ILPAPNT. Tujuan program adalah untuk membantu golongan yang mengalami masalah terputus bekalan makanan sepanjang PKP 3.0, turut bagi memastikan jaminan kelangsungan bekalan kepada yang memerlukan untuk membasmi masalah kelaparan dan ketiadaan makanan.
Bekalan makanan INI disumbangkan oleh KSK dan warga ILPAPNT, antaranya Beras,gula, Teh, Kicap, Minyak Masak dan Tepung serta bahan keperluan dapur kering yang lain. Peluang bantuan ini akan diberikan kepada warga ILPAPNT yang terjejas seterusnya mengenalpasti keluarga pelajar yang turut terkesan dalam pandemik ini.
Selain barang keperluan dapur, bantuan wang tunai juga boleh disumbangkan kepada KSK bagi ahli mengenalpasti tambahan keperluan barang untuk disediakan.
#kongsi rezeki
#AMBIL apa yang PERLU
#KONGSI apa yang MAMPU
#Hulurkan tangan, ringankan beban
#Lets Spread The Good Vibes
Kini selesai sudah Pondok Rezeki ILPAPNT yang julung-julung kalinya dilaksanakan. Terima kasih diucapkan kepada yang menyumbang sama ada dalam bentuk wang tunai mahupun barangan keperluan harian. Terima kasih juga kepada semua kakitangan dan Warga ILPAPNT yang menyumbangkan tenaga dan masa dalam menjayakan program ini.
Kepada yang telah menerima sumbangan daripada pihak kami, harap dapat membantu dalam kehidupan seharian dan memberi manfaat. Program ini adalah inisiatif Warga ILPAPNT, anjuran Kelab Sukan & Kebajikan ILP Nibong Tebal dan tidak melibatkan mana-mana pihak luar. Sumbangan juga diterima dari kakitangan ILPAPNT dan juga ahli keluarga. Sehingga kita bertemu lagi di program CSR dari pihak ILPAPNT di lain masa.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...