PENDAFTARAN KEMASUKAN SESI JULAI DI ILP ARUMUGAM PILLAI
Pengarah ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal , SPS mengumumkan bahawa terdapat 109 kekosongan dalam kursus kemahiran yang perlu diisi bagi kemasukan sesi Julai 2021. Beliau juga mengalu-alukan para pelajar untuk mendaftar dari sekarang bagi kemasukan sesi Julai 2021.
Sebanyak 109 tempat disediakan untuk kursus-kursus seperti Teknologi Elektrik, Multimedia, Rekabantuk Grafik, Percetakan Digital dan Diploma Teknologi Percetakan. Pelajar-pelajar diminta menghantar permohonan mereka melalui laman sesawang ILP mulai sekarang hingga 30.6.2021.
Pelajar-pelajar yang hanya tamat tingkatan 5 boleh membuat permohonan bagi kursus-kursus tersebut. Bagi yang berumur 18 tahun ke atas perlu lulus Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah dalm SPM boleh memohon kursus-kursus tersebut. Bagi pelajar-pelajar yang ingin memohon kursus Teknologi Elektrik perlu lulus dalam subjek Matematik dan Sains selain daripada BM dan Sejarah. Oleh itu, bagi yang mempunyai sijil tamat tingkatan 5 dan menunggu keputusan boleh membuat permohonan.
Hostel dan makanan percuma serta duit saku sebanyak rm 100 diberikan kepada yang terpilih masuk ILPAPNT. RM300 diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti latihan industri. Oleh itu, mohon semua pelajar untuk membuat permohonan bagi kemasukan sesi Julai tanpa ragu-ragu, kata Pengarah ILP, Tuan Haji Azman. Bolehlah melayari laman sesawang ILP untuk keterangan lanjut. - MAKKAL OSAI, 1 FEBRUARI 2021
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.