13 Ogos 2020 : Satu program gotong-royong telah berlangsung melibatkan semua kakitangan dan staf ILPAPNT bagi memastikan kesediaan dalam menyambut kehadiran pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal yang akan menyambung kembali pembelajaran setelah bercuti akibat Pandemik Covid 19.
Gotong Royong ini adalah untuk menyiapkan dan menyempurnakan persiapan prosedur operasi standard (S.O.P) keselamatan Covid-19 mengikut garis panduan dari JTM. Ketua Jawatankuasa Pematuhan S.O.P juga telah menerima penerangan dari pihak Bomba tentang cara-cara bancuhan bahan kimia untuk sanisasi tempat masing-masing selepas pelajar masuk.
Aktiviti yang telah di laksanakan adalah:
1. Menyediakan tanda penjarakan fizikal di tapak perhimpunan pelajar.
2. Memastikan semua kelas, makmal, laluan-laluan di bengkel, koridor dan yang mana sesuai di bengkel di siapkan mengikut garis panduan penjarakkan sosial.
3. Memastikan asrama, surau, dewan makan juga telah siap mengikut SOP keselamatan Covid-19 yang di tetapkan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.