13 April 2020 : Aktiviti CSR ILPAPNT sesi penyerahan Face Shield kepada Pegawai Farmasi Hospital Parit Buntar, Pn. Siti Salwa binti Ismail bagi memenuhi keperluan segera barisan hadapan KKM yang berusaha menentang wabak COVID-19.
Melihatkan risiko barisan hadapan kakitangan KKM yang terdedah dengan virus COVID-19 ketika menjalankan tugas, ILP Nibong Tebal telah mengambil inisiatif menghasilkan bingkai pelindung muka (face shield frame). Dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 20 unit sehari menggunakan teknik '3D Printing' ,bingkai pelindung muka ini telah diagihkan kepada beberapa agensi barisan hadapan yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19.
Sebanyak 300 unit Face Shield telah diserahkan oleh Pn. Nor Samida, Pegawai Unit CESS ILPAPNT kepada pihak hospital.
Bersama menjalankan tanggungjawab kita!
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.