06 April 2020 : Aktviti CSR 3D Face Shield ILPAPNT, Penyerahan 100 unit 3D Printed Face Shield kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kerian untuk diedarkan ke Klinik Kesihatan seluruh Kerian.
Melihatkan risiko barisan hadapan kakitangan KKM yang terdedah dengan virus COVID-19 ketika menjalankan tugas, ILP Nibong Tebal telah mengambil inisiatif menghasilkan bingkai pelindung muka (face shield frame). Dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 20 unit sehari menggunakan teknik '3D Printing' ,bingkai pelindung muka ini telah diagihkan kepada beberapa agensi barisan hadapan yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19.
Penyerahan ini disampaikan oleh Pn.Ermanita, Pegawai Unit CESS ILPAPNT kepada Pn.Haslinda, Pegawai Farmasi PKD Kerian. Semoga sumbangan ini dapat melancarkan petugas-petugas barisan paling hadapan dalam menangani wabak COVID-19 serta dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang dan tidak berputus asa.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.