19 Februari 2020 : Suatu program perkongsian ilmu telah dijalankan, dimulakan dengan taklimat berkaitan Kafalah Aman Palestin oleh pihak Aman Palestin Berhad, Cawangan Pulau Pinang. Kafalah Aman Palestin adalah satu program penajaan yang dijalankan oleh Aman Palestin Berhad dalam menyediakan sumbangan kepada penduduk Palestin.
Seusai taklimat program tersebut, program diteruskan dengan Ceramah Agama yang disampaikan oleh Ust. Muhammad Rafiqi bin Arifen berkaitan tajuk 'Batas Pergaulan dan Tuntutan Islam Memelihara Maruah Diri'. Sebagai pelajar yang kategorinya remaja meningkat dewasa, pergaulan dalam islam memainkan peranan yang penting dalam menjaga maruah diri bagi mengelakan diri pelajar daripada terlibat dengan gejala - gejala yang tidak bermoral. Semoga ilmu yang dikongsi dijadikan panduan kepada pelajar dalam pergaulan harian.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.